» » 4 Cara Elakkan Dari Tertipu Dengan Emas Palsu

4 Cara Elakkan Dari Tertipu Dengan Emas Palsu

cara-elakkan-tertipu-dengan-emas-palsu-1

Di kala matawang negara merundum jatuh, ramai orang Malaysia sudah celik emas dan mengetahui kepentingan menyimpan emas. Ketakutan melihat negara Greece menjadi antara penyebab mereka membeli emas sebagai persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

Disaat kita sedang berpusu-pusu membeli emas, kita seharusnya berhati-hati dalam sindiket penipuan emas. Di sini saya akan berkongsi antara tips-tips mudah untuk menilai sesuatu emas itu.

1. Emas anti tarikan magnet

Magnet adalah suatu logam yang mempunyai daya tarikan magnet yang dinamakan medan magnet (magnetic field). Bukan semua logam mampu ditarik oleh medan magnet, hanya logam yang mempunyai sifat ferromagnetic sahaja mampu ditarik oleh magnet.

Contoh logam yang mempunyai sifat ferromagnetic adalah besi (iron), nikel dan cobalt. Emas bukanlah bersifat ferromagnetic yang mampu tertarik dengan magnet. Jika kita dekatkan emas dengan magnet, maka ia sepatutnya tidak akan terlekat.

Jika emas tersebut tertarik dengan magnet, AWAS, kemungkinan itu adalah logam yang bersalut emas atau bukanlah emas yang asli.

Video di bawah ini adalah emas Powergold yang diuji dengan magnet.

 

2. Gores dan Menang

Kami pasti anda boleh kenal dengan bau besi dan kadang-kala ada besi-besi tertentu mempunyai bau seakan-akan bau ikan. Salah satu sifat emas yang bukan asli adalah bersifat seperti bau-bauan ini.

Jika anda pernah pergi menguji keaslian emas anda di mana-mana kedai emas atau ar-rahnu, salah tahu cara yang paling asas yang akan mereka lakukan adalah menghidu emas tersebut. Emas yang asli tidak mempunyai bau seakan-akan bau besi atau bau ikan.

Antara teknik yang boleh digunakan adalah menggores emas pada kain jeans sehingga panas dan terus hidu baunya.

3. Kaedah Fizik-Uji Ketumpatan Emas

Kaedah ini adalah yang paling tertua di dunia. Malah, asal usul ketumpatan juga sangat berkait rapat dengan emas. Ia berkisar tentang seorang raja yagn menitahkan seorang ahli matematik yang bernama Archimedes menyelesaikan permasalahan mengenai takhta emas si raja.

Raja beranggapan bahawa emas yang diberikan kepada tukang pembuat takhta untuk membuat takhta telah dicuri sedikit dan di ganti dengan logam lain sebelum ia dilebur dan dibentuk . Ditakdirkan ahli matematik tersebut mendapat penyelesaian ketika beliau masuk kedalam tab mandi.

Berdasarkan pemerhatiannya, didapati air melimpah keluar dan ini memberi suatu hipotesis berat bahan yang masuk adalah sama dengan air yang melimpah keluar.

Hasil dari kisah Archimedes tadi, sebenarnya keaslian sesuatu emas boleh dikira dengan menggunakan rumus fizik iaitu ketumpatan.

Berdasarkan dari rumus ketumpatan tersebut, ini adalah langkah-langkah pengujian:

1.     Ukur berat emas tersebut dengan penimbang digital yang mempunyai unit gram.

2.     Berikutnya, rendamkan emas yang berikat dengan benang didalam sebuah balang air. Seharusnya balang tersebut mempunyai garis sukatan dalam unit ml.

3.     Perbezaan kenaikan air antara sebelum rendam dan selepas rendam emas tersebut dipanggil isipadu. Catatkan bacaan isipadu tersebut.

4.     Dengan data yang ada kira ketumpatan emas, dan jawapan yang anda dapat seharusnya sama dengan data ketumpatan yang ditunjukkan didalam jadual 1. Sekiranya jawapan anda tidak sama, ketulenan emas tersebut patut diragui.

4. Ujian Haba

Salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh tukang emas ialah ujian haba. Tukang emas akan membakar emas sehingga merah membara. Lihat perubahan yang berlaku pada emas tersebut. Emas tulen lazimnya tidak memperlihatkan sebarang perubahan yang ketara. Jika emas tersebut tiruan, maka ia akan meninggalkan kesan kehitaman.

Video yang disertakan adalah emas Powergold yang dileburkan untuk dibuat barang kemas. Dalam video ini anda dapat lihat tiada perubahan warna apabila dipanaskan dan disejukkan. Selain itu ia membuktikan emas powergold bukanlah besi yang bersalut emas.

 

Kesimpulan

Anda seharusnya berhati-hati dalam membeli emas terutamanya membeli secara online. Pastikan penjual yang anda berurusan bukanlah seorang penipu. Selidik dahulu latar belakang si penjual bagi mengelakkan penipuan daripada berlaku.

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

2 Responses

  1. […] Jika anda terlihat ada kedai yang menjual barang-barang kemas jauh lebih murah nilai segram pada sesuatu kualiti, maka anda seharusnya berhati-hati jika bercadang untuk membeli di kedai tersebut. Ia amat meragukan bagi kedai emas jika ia menjual barang kemas terlalu rendah harganya dari harga pasaran. (Klik sini untuk tahu 4 cara mudah menguji ketulenan emas) […]

  2. […] sahaja mengenai emas yang di jual oleh Powergold, ramai yang akan bertanya betul ke emas ni? Emas tulen ke? Dan kedai mana yang akan terima emas Powergold jika mahu […]

Leave a Reply

CommentLuv badge