» » 4 Jenis Permainan Setiap Kanak-Kanak Perlu Ada

4 Jenis Permainan Setiap Kanak-Kanak Perlu Ada

Assalamualaikum.

Bila ada anak, semuanya pun akan berubah. Jika dulu rumah sentiasa kemas, tapi kini rumah pasti dipenuhi dengan pelbagai mainan anak. Dah memang lumrah menjadi ibubapa, kita pasti ingin belikan anak dengan pelbagai jenis permainan.

Namun, pernah tak kita ambil tahu jenis permainan yang sesuai untuk anak? Dan permainan manakah yang berbaloi untuk dibelikan? Kali ini Mama kongsikan empat jenis permainan yang setiap anak perlu ada.

jenis permainan terbaik untuk anak

  1. Blok kayu
    Ini merupakan mainan klasik. Setiap anak perlu bermain dengan blog kayu ini kerana banyak manfaat yang bakal mereka dapat darinya. Semasa bermain blog kayu, anak-anak akan mengasah kemahiran motor halus, dan juga koordinasi mata-tangan. Kemahiran berfikir mereka juga akan meningkat apabila memikirkan binaan-binaan yang boleh dibina dengan blok kayu tersebut.
    building blocks
  1. Lego
    Lego juga bagus untuk kemahiran motor halus anak dan koordinasi mata-tangan. Pelbagai binaan boleh dibentuk dengan menggunakan Lego. Semakin lama anak terdedah pada Lego, anda pasti akan dapat melihat peningkatan dalam setiap binaan yang mereka hasilkan.
    giant lego
  2. Puzzle
    Puzzle mempunyai kelebihan untuk menambah daya fokus anak-anak. Ini kerana mereka perlu fokus untuk menyiapkan satu-satu puzzle. Anak-anak juga akan belajar bersabar untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan mereka ini.
    puzzle
  3. Set Keretapi
    Seelok-eloknya dapatkan set keretapi dari material kayu kerana ianya lebih berkualiti dan tahan lama. Keretapi yang perlu digerakkan secara manual adalah lebih baik berbanding yang bergerak menggunakan bateri.  Apabila anak sudah besar, berikan peluang untuk dia bermain set keretapi ini bersama-sama dengan blok kayu dan lego. Mereka pasti akan membuat pelbagai binaan di sekitar kawasan landasan dan menjadikan permainan tersebut lebih menyeronokkan.
    set keretapi

Apabila dilihat pada senarai di atas ini, adakah anak-anak anda sudah mempunyai keempat-empat jenis permainan ini? Jika belum, anda boleh dapatkannya dari Mama. Anda cuma perlu Whatsapp di nombor ini: 013-3876903 (Siti Badariah)

Jangan lupa untuk Like page Didikan Anak-Anak Bermula Dari Rumah ini ye. Terima kasih. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge