» » Alkisah Planner

Alkisah Planner

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rasa tenang sangat untuk menulis pagi ini. Anak-anak masih tidur lagi, jadi Mama ada masa untuk bertenang sebelum mereka bangun dan mula beraksi.

Mama bangun seawal pukul 4 pagi hari ini. Sambil bersahur, sambil membuat beberapa perkara yang sudah lama tergendala. Mama juga ambil masa ini untuk mencatat agenda-agenda yang seterusnya di dalam planner. Mama memang menggunakan planner untuk mencatat idea yang melintas dalam fikiran ini.

Kalau dulu mungkin Mama tak memerlukan planner. Tetapi sejak membuat bisnes dari rumah, terlalu banyak yang perlu difikirkan. Jika dibiarkan berlegar-legar sahaja dalam kepala tanpa dicatat, memang tinggi peratusan untuk terlepas pandang.

planner

Lagipun sejak ada anak, semuanya pun berubah. Agenda-agenda untuk anak juga perlu dimasukkan ke dalam planner. Antaranya adalah cadangan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan bersama mereka. Sebab itu planner memang menjadi peneman setia Mama.

Gagal untuk merancang, bermakna merancang untuk kegagalan.

Memang Mama setuju dengan pernyataan di atas ini. Sebab itu penting untuk kita merancang kehidupan seharian kita. Anda pula macam mana, ada menggunakan planner tak?

Leave a Reply

CommentLuv badge