» » Ambil Angin di Taman Layang-Layang Kepong

Ambil Angin di Taman Layang-Layang Kepong

Assalamualaikum.

Hari Rabu baru ini kami bawa anak-anak berjalan-jalan di Taman Layang-Layang Kepong. Nama lain bagi taman ni Taman Metropolitan Kepong.

Sebenarnya dah hampir dua minggu kami merancang nak ke sana. Tapi bila petang je hujan. Jadi kami terus tukar strategi untuk pergi pada waktu pagi pula. Alhamdulillah, cuaca pagi tu memang elok.

Mula-mula kami bersarapan roti canai dulu di kedai, dan kemudian terus ke taman. Sampai-sampai sahaja di sana, ada seorang makcik yang menegur kami.

Makcik: Tak kerja ke hari ni? Ambil cuti ye?
Saya: Eh tak, saya memang tak kerja.
Makcik: Oo, baguslah bawa anak jalan-jalan. All the best ya!

Memang lengang taman hari tu. Puaslah anak-anak main. Satu padang permainan tu macam hak sendiri je jadinya. Hihi.

ammar di taman

Rasanya lepas-lepas ini pun kami akan selalu pergi ke taman waktu pagi. Lebih selesa, cumanya tak dapatlah nak tengok orang main layang-layang.

Suami kata esok nak pergi ke Taman Perdana pula. Nanti saya ceritakan pula apa aktiviti kami di sana ye. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge