» » Anak-Anak dan Main Air

Anak-Anak dan Main Air

Assalamualaikum.

Anak-anak memang suka main air. Kalau diberi peluang, pasti mereka akan main sepuas-puasnya. Tapi kadang-kadang Mama risau nak bagi anak-anak main air lama-lama dalam bilik air. Selalunya Mama akan duduk di depan bilik air dan perhatikan walaupun mereka ini dah agak besar dah pun.

Namun ada lagi cara yang lebih mudah untuk bagi anak merasa main air. Letakkan sahaja air dalam baldi, dan lapikkan dengan tuala ataupun kain buruk. Boleh juga bagi anak span basuh pinggan ini dan suruh mereka main perah-perah air.

main air

Main perah-perah span ini baik untuk rangsangan motor halus anak-anak. Bila kemahiran motor halus mereka sudah bagus, ini akan memudahkan mereka untuk menulis dengan baik.

Kalau nak bagi anak mengenal warna, boleh juga campurkan sedikit pewarna makanan dalam air tersebut. Sambil dia main air itu, sambil kita beritahu apa warnanya.

Selepas habis bermain, jangan lupa ajak anak untuk mengemas bersama-sama. Percayalah, dengan hanya satu aktiviti mudah ini pun anak-anak boleh leka sekurang-kurangnya selama setengah jam.

Esok kita main air lagi ye. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge