» » Di Mana Nak Dapatkan Mainan Edukatif (Educational Toys) Untuk Anak?

Di Mana Nak Dapatkan Mainan Edukatif (Educational Toys) Untuk Anak?

Assalamualaikum.

Semalam Mama ada hadiri personal coaching bersama dengan Puan Ashikin Hashim, yang merupakan penulis buku “Ibu Bijak Anak Bahagia”. Anda boleh baca dulu perkongsian Mama menjalani sesi personal coaching #icanteachmychild tersebut.

Antara perkara yang disebutkan oleh beliau adalah ‘ibubapa adalah guru pertama anak-anak, dan rumah adalah sekolah pertama mereka‘. Namun ramai ibubapa yang tidak sedar akan hal ini, dan meletakkan 100% urusan mengajar anak pada cikgu semata-mata.

 

ibubapa guru pertaman anak-anak

Kita kena ubah persepsi ini dan mula ambil tindakan dalam mendidik anak-anak. Antara perkara yang boleh kita  lakukan adalah membantu mereka memantapkan kemahiran motor kasar dahulu, dan kemudian mantapkan pula kemahiran motor halus mereka.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menguatkan kemahiran motor tersebut boleh juga digunakan untuk memperkenalkan anak pada abjad, nombor, dan warna. Ibubapa perlu bijak dalam memilih aktiviti untuk memastikan anak tidak berasa bosan.

Kita tahu yang semua anak-anak suka bermain. Permainan adalah dunia mereka. Jadi kita boleh gabungkan bermain dan belajar dalam masa yang sama. Ada pelbagai mainan yang boleh kita reka dan cipta sendiri.

Namun ada juga ibubapa yang lebih suka membelikan mainan yang sudah sedia ada, contohnya seperti blok kayu. Blok kayu yang berkualiti boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan boleh digunakan oleh anak-anak yang seterusnya pula. Dan sebenarnya dengan hanya blog kayu sahaja pun, sudah banyak aktiviti yang boleh dibuat dengannya.

Tetapi di mana nak dapatkan mainan edukatif (educational toys) ini? Mama tahu agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan mainan edukatif yang berkualiti dan sesuai untuk anak-anak. Sebab itulah Mama mengambil keputusan untuk menjual mainan edukatif.

Ini antara contoh barang-barang yang Mama jual. Dan sebenarnya ada banyak lagi. Anda boleh follow FB page ini untuk melihat koleksi permainan yang dijual >>> Didikan Anak-Anak Bermula Dari Rumah

alphabet cards

building blocks

matematik

Leave a Reply

CommentLuv badge