» » Elak Kebocoran Wang Dengan Menyimpan Emas

Elak Kebocoran Wang Dengan Menyimpan Emas

elak-kebocoran-wang-dengan-menyimpan-emas-1

Pantang Ada Duit Cash

Rasanya ramai yang ada masalah ini. Langsung tak boleh ada duit dalam tangan, mesti akan terguna! Tak kiralah lelaki ataupun perempuan, kita memang lebih mudah terpengaruh untuk berbelanja apabila ada duit lebih.

Bila nampak benda yang menarik je, terus keluarkan duit untuk beli. Sedar tak sedar, duit makin habis sehingga terpaksa tunggu gaji seterusnya.

Online Shopping Yang Memudaratkan

Lebih teruk lagi bila sekarangni semuanya di hujung jari. Sambil-sambil layan Facebook, ternampak ada promosi. Terus je tangan tu rasa gatal nak membeli. Bayar pun secara online banking je. Memang sangat mudah!

Yang bertambah parah, bila akaun bank simpanan (Maybank, CIMB, dll) dah digabungkan dengan Tabung Haji. Kalau duit dalam akaun tak cukup, mulalah tangan tu gatal nak ambil duit sikit demi sikit dari Tabung Haji. Padahal duit dalam Tabung Haji tu sebenarnya untuk simpanan jangka panjang; untuk digunakan bila nak pergi haji nanti.

 

Cegah Sebelum Parah!

Bagi anda yang ada masalah macam ni, cara terbaik adalah tukar duit kepada emas cepat-cepat. Setiap bulan kita mesti ada asingkan sebahagian duit sebagai simpanan, kan?Jadi, gunakan duit tersebut untuk membeli emas yang hampir setara dengan nilai tersebut.
Contoh kalau simpanan kita RM100, boleh beli syiling emas 0.5gram. Kalau RM200, boleh beli goldbar 1gram. Lebih besar amaun simpanan, maka lebih besar kuantiti emas yang dapat ditukarkan.

Bila dah ditukar kepada emas, duit simpanan kita akan lebih terpelihara daripada sikap boros kita sendiri! Percayalah, saat kita dapat pegang je emas fizikal tersebut, mesti terus terbit rasa sayang pada emas tu. Nak jual pun tak sanggup, kecuali pada saat-saat yang betul-betul terdesak.

Kalau setakat teruja tengok jualan murah, kita tak akan jual emas tersebut. Makin lama, kita akan makin terbiasa dengan perasaan kita tiada duit lebih untuk dibelanjakan kepada perkara-perkara tak penting. Tapi hakikatnya, kita sedang mengumpul aset dalam diam.

Untung ke untung?

Tengok poket, dan fikirlah sendiri.

 

Kesimpulan

Jangan bertangguh lagi untuk selamatkan duit simpanan anda. Segera tukarkan kepada emas, sebelum kesemua duit simpanan habis terguna.

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

One Response

  1. […] terbuka hati nak tukar duit simpanan kepada emas ke? Alhamdulillah, anda memang di tempat yang […]

Leave a Reply

CommentLuv badge