» » ELAK PENIPUAN LAZADA : Ketahui Teknik Membeli Barang Di LAZADA

ELAK PENIPUAN LAZADA : Ketahui Teknik Membeli Barang Di LAZADA

tips-terbaik-membeli-di-lazada-supaya-tidak-ditipu-1

Betul ke Lazada Penipu?

Sekarang ini sudah semakin ramai yang suka membeli barang secara online. Di atas faktor-faktor mudah, jimat masa serta dapat membeli barang pada harga yang lebih rendah menjadi daya penarik untuk orang membeli melalui online.

Walaubagaimanapun terdapat risiko yang perlu diambil oleh si pembeli untuk membeli barangan secara online. Antara online store yang popular yang sering kita dengar adalah LAZADA.

Hari ini saya nak kongsi sikit teknik yang sering saya gunakan ketika membeli barangan di Lazada. LAZADA ini adalah suatu platform jual/beli barangan yang mana ia adalah penghubung atau orang tengah antara pembeli dan penjual. (LAZADA bukanlah store sebenarnya, tapi orang tengah tengah je..ok..:> ). Atau dengan cara mudah, LAZADA adalah virtual shopping mall.

Jadi, ada pelbagai syarikat/store yang menjual produk mereka dengan menggunakan platform LAZADA. Makanya kalau nak beli barang di LAZADA ini, carilah store yang dipercayai. Kalau kita tahu store yang dipercayai ini, so kalau nak beli barang apa pun tak susah hati sebab InsyAllah kita tahu kita tak akan ditipu.

Saya sediakan tips macam mana nak menentukan yang mana store yang dipercayai!

lazada

 

Tips Terbaik Untuk Elak Di Tipu

1.Survey harga barang dan fahami spesifikasi barangan yang di dijual. Adalah amat digalakkan untuk memilih barangan yang mempunyai warranty dalam sesuatu tempoh.

checkwarranty

2. Sesudah anda memahami spesifikasi barang yang di jual, next anda perlu fikirkan apakah spesifikasi yang kurang/yang tidak ditulis. Ini untuk memastikan anda tahu kekurangan yang ada pada barangan yang bakal anda beli ini.

3. Sebaiknya pilihlah store yang menyediakan perkhidmatan pemulangan barangan bagi menjamin produk yang bakal anda beli ini selamat dari segi kualiti dan tidak rosak. Bagi siapa yang tidak tahu, anda sebenarnya boleh return by postage barangan anda secara percuma sahaja. Anda boleh klik disini mengetahui cara return/refund/replacement.

lazada penipu

4.Jika anda sudah aim barang yang hendak dibeli, antara perkara yang paling penting sekali yang perlu anda baca pada ruangan review dan rating bagi kedai yang menjual barangan ini.

Rating: Rating adalah summary dari kepuasan orang-orang yang telah membeli barangan tersebut. Ia memberi persepsi bahawa kedai ini bagus atau tidak. Jika ratingnya tinggi (maksimum 5 star), maka ada possibility kedai yang menjual barangan ini di percayai. Walaubagaimanapun, rating yang rendah bukanlah penentu kedai ini penipu atau tidak boleh dipercayai, kerana kadang-kadang ada reviewer memberi rating yang rendah kerana penghantaran lewat dan sebagainya. Jadi saya cadangkan baca kesemua review.

Review : Tujuan membaca review adalah untuk anda tahu bagaimana prestasi jualan barang yang bakal anda beli ini. Dari ruangan review ini ada sudah boleh tahu bagaimana performance kedai ini menjual barang yang kita nak beli. Kalau reviewers berpuas hati dengan pembelian mereka, maka anda boleh lah meneruskan niat untuk membeli barangan tersebut, jika banyak komen negatif tentang barangan tersebut, so admin nasihatkan carilah store lain.

5. Anda boleh meneruskan proses pembayaran setelah anda sudah menentukan store yang di percayai.

shopping di lazada

 

Barang Yang Tiada Review dan Rating

Kadang-kadang, ada juga barang yang anda nak beli tidak ada review dan rating. Perkara ini terjadi kerana selama ini tidak pernah ada orang membeli barang pilihan anda di store ini. Dan lebih parah hanya store ini sahaja yang menjual barang anda hajati. Ingin tahu bagaimana menentukan store ini trusted store atau seller?

Saya akan berkongsi tips dengan anda bagaimana menentukan trusted store ini soon!

Nota: Saya sarankan beli barangan yang anda rasa berbaloi untuk dibeli sahaja di Lazada. Jika anda bercadang hendak membeli barang yang besar seperti mesin basuh atau sebagainya, seeloknya beli sahaja di kedai kerana dikemudian hari, jika mesin itu ada masalah, kita boleh terus rujuk dengan kedai yang kita beli.

Leave a Reply

CommentLuv badge