» » Emas Penyebab Inflasi? Apakah Kaitannya?

Emas Penyebab Inflasi? Apakah Kaitannya?

emas-dan-inflasi

Emas adalah inflasi sifar

Kita biasa dengar emas tidak akan susut nilainya (tiada inflasi). Tetapi apakah kita faham apa itu INFLASI?

Inflasi ialah suatu kenaikan harga yang berkadar terus dengan kenaikan harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Ini bermakna jika harga umum barangan serta perkhidmatan meningkat, maka kesemua harga-harga lain juga akan meningkat.

Kesan Inflasi

Inflasi akan sentiasa meningkat tahun demi tahun. Antara kesan inflasi adalah sekitar awal 90an dahulu harga sebungkus nasi lemak dalam anggaran 60sen. Tetapi tahun 2015 menampakkan harga sebungkus nasi lemak meningkat menjadi RM2.00 ke RM3.00 di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Kenaikan harga ini adalah kesan dari kenaikan barangan serta perkhidmatan.

kesan-inflasi

Mengapa emas kalis inflasi?

Untuk makluman, nilai emas tidak pernah berubah. Ini adalah kerana apabila berlaku inflasi, maka harga emas juga turut berubah. Ia boleh di analogikan seperti kes dibawah :

            Harga seekor kambing pada tahun 2008 adalah RM450

(Sumber : http://harizamrry.com/2008/07/10/nelayan-jadi-penternak-kambing-berjaya/)

Berdasarkan dari laman web BNM, purata harga emas bagi segram dalam anggaran RM103.93 bagi bulan Julai. Ini bermakna harga seekor kambing adalah bersamaan sekitar 1 Dinar emas (RM441.71) seperti kiraan dibawah.

kiraan

Pada tahun 2015 purata harga jualan balik untuk segram emas pada julai 2015 adalah RM140.99 dan bermakna nilai 1 dinar emas pada saat ini adalah RM599.20 yang mana nilainya hampir sama seperti harga semasa seekor kambing.

akikah

(Sumber : http://equrban.com/aqiqah-2015/)

Jadi inilah yang dikatakan nilai emas tidak pernah susut atau berubah dari semasa ke semasa!!!

Marilah kita mula mengumpul emas sebagai mulai sekarang. Belum terlambat untuk mulakannya sekarang.

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

2 Responses

  1. […] anda sudah membaca entri tentang inflasi? Jika belum anda boleh baca di sini. Topik kali ini berkait rapat dengan […]

  2. […] simpanan, eloklah ditukarkan kepada emas supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Lebih-lebih lagi emas bersifat kalis inflasi, tidak seperti wang kertas yang nilainya semakin mengecil saban […]

Leave a Reply

CommentLuv badge