» » Idea Busy Book Untuk Anak

Idea Busy Book Untuk Anak

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini Mama lihat busy book sudah menjadi trend di kalangan ibu-ibu muda Malaysia. Ramai yang mula tahu akan busy book ini dan membuatnya untuk anak masing-masing.

busy book

Busy book (ataupun quiet book) merupakan buku untuk menarik perhatian anak. Setiap helaian buku ini mempunyai aktiviti yang perlu disiapkan oleh anak. Setiap helaian mungkin mempunyai target kemahiran yang ingin dicapai. Contohnya kemahiran membuka dan munutup zip, kemahiran untuk mengenal bentuk, warna, dan sebagainya.

Kebiasaannya busy book diperbuat dari kain felt pelbagai warna. Dan ianya dibuat helaiaan demi helaiaan sebelum digabungkan menjadi buku. Anda boleh tengok video di bawah untuk mendapatkan gambaran penuh satu busy book:


Mama tahu tentang busy book ini beberapa tahun yang lalu, iaitu semasa Izz Ammar masih bayi lagi. Tetapi Mama tak mampu nak buat sendiri sebab Mamaa bukanlah kreatif orangnya. Lagipun Mamaa memang bukan jenis yang penyabar untuk siapkan satu busy book penuh.
Namun, melihat koleksi hasil tangan ibu-ibu lain memang menyeronokkan. Sebab itu Mama selalu kumpulkan gambar-gambar busy book ini. Dan Mama dah kumpulkan semuanya di dalam satu album di page FB, supaya mudah untuk orang ramai jadikan rujukan. (Klik sini untuk album penuh idea busy book).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, InsyaAllah.

Leave a Reply

CommentLuv badge