» » Layan Anak Seperti Mana Kita Mahu Dilayan Bila Tua Nanti

Layan Anak Seperti Mana Kita Mahu Dilayan Bila Tua Nanti

Assalamualaikum.

Semalam Mama ada baca tulisan seorang pegawai farmasi yang sangat menyentuh hati Mama. Beliau diminta oleh bosnya untuk pergi ke sebuah rumah. Di sana, apa yang beliau nampak adalah seorang pakcik tua yang duduk di atas kerusi roda, dan pakcik tersebut dalam keadaan yang tidak bersih.

Isteri dan anak-anak pakcik tersebut tak mahu membersihkan kerana merasa jijik dengan bau najis. Pegawai farmasi tersebut terus membersihkan dan memandikan pakcik tersebut. Selepas urusan selesai, beliau mengajar isteri dan anak-anak tersebut cara untuk menjaga orang sakit yang tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.

Apabila membaca cerita tersebut, apa yang Mama bayangkan adalah bagimana keadaannya bila Mama dan suami sudah tua nanti? Adakah anak-anak kami akan jaga kami dengan baik, atau sebaliknya?

bersama anak

Dan Mama cuba muhasabah diri. Jika Mama mahu mereka menjaga Mama dengan baik nanti, maka Mama perlu menjaga mereka dengan baik sekarang ini.

Suap mereka makan, supaya nanti mereka pula akan suap Mama makan.
Mandi dan bersihkan najis mereka, supaya Mama juga akan dibersihkan nanti.
Temankan mereka, supaya Mama tidak kesunyian bila sudah tua kelak.

Lakukan semuanya dengan ikhlas. Walau penat macam mana pun, mesti kena buat. InsyaAllah, pasti kita akan mendapat hasilnya kelak.

Leave a Reply

CommentLuv badge