» » Melangkah Ke Umur 30 Tahun

Melangkah Ke Umur 30 Tahun

umur 30 tahun (1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Hari ni 30 Mac 2017, dan saya dah genap 30 tahun. Terasa lain pula bila angka depan dah berubah ke nombor tiga. Apa-apa pun, itu hanya sekadar angka. Dalam hati tetap mudah remaja gitu. Hihi.kek harijadi mama

Saya tak mengharapkan apa-apa hadiah pun. Cuma cakap pada CIk Abang yang saya teringin nak makan kek. Saya fikir mahu beli kek biasa je.

Tapi rupa-rupanya suami terus belikan kek Secret Recipe masa ambil Ammar dari tadika tadi. Alhamdulillah, kenyang kami makan kek hari ni.

 

Bila umur makin meningkat ni, takut juga sebenarnya. Takut dengan tahap kesihatan. Tapi cara makan tak ubah-ubah gak. Bersenam? Lagilah tak ada. Huhu.

Dan takut juga nak menghadapi kematian yang semakin dekat. Kan?

Semoga baki umur yang ada ni dapat digunakan sebaiknya. InsyaAllah. Aamin.

5 Responses

  1. […] sejak masuk umur 30 tahun, tiba-tiba je kulit muka jadi bermasalah. Dah mula ada whiteheads blackheads, lepastu liang pori […]

  2. Fatin
    | Reply

    Happy belated birthday Bard! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah

  3. Ibu Mifzal
    | Reply

    sedapnya kek tu bard…selamat hari lahir..moga sentiasa di dalam keberkatan Allah SWT.

Leave a Reply

CommentLuv badge