Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi untuk mengenali penulis kepada blog MamaBard.Com ini.

 

(1) Latar Belakang & Pendidikan

Nama saya Siti Badariah Binti Baharin. Dilahirkan pada 30 Mac 1987 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Sekarang kami menetap di Gombak kerana suami saya sedang menyambung pelajarannya di UIA.

Saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara dan pendidikan menangah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Semasa di tingkatan empat, saya sempat bersekolah di MRSM Serting selama sebulan. Tetapi kemudian kembali ke sekolah asal kerana tidak biasa berjauhan dari keluarga. Anak bongsulah katakan! Hihi.

Kemudian saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Alhamdulillah pada waktu itu sudah matang, jadi boleh bertahan walaupun berjauhan dari keluarga. Selepas tamat matrikulasi, saya meyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Farmasi di UiTM.

Alhamdulillah, saya bersyukur pada-Nya kerana mampu menamatkan pengajian selama empat tahun yang sangat mencabar ini.

 

 

(2) Kerjaya

Setelah tamat pengajian, saya terus melangsungkan perkahwinan dan kemudian mengikut suami yang meyambung pelajarannya di Toulouse, Perancis. Kami menetap di sana selama dua tahun. Setelah pulang, saya membaut keputusan untuk tidak bekerja dan menjadi seoarang surirumah tangga sepenuh masa.

Keputusan ini bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Saya mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Suami tidak menghalang, dan tidak juga memaksa. Keputusan 100% di tangan saya. Tetapi apabila saya menyatakan hasrat tersebut kepada Bonda dan beliau merestuinya, maka saya terus nekad dengan keputusan tersebut.

Walaupun ramai yang menentang dan mempersendakan keputusan ini, tapi saya tetap bangga menjadi seorang surirumah!

 

(3) Perniagaan

Walaupun tidak bekerja secara formal di luar, namun saya mengambil keputusan untuk berniaga dari rumah. Selain untuk membantu menambah pendapatan keluarga, ianya juga membantu saya untuk kekal fokus dalam hidup. Kerana apabila berbisnes, kita kena ada target yang perlu dicapai. Inilah yang menjadikan hidup seharian saya penuh dengan cabaran.