» » Tips Untuk Jadi Seorang Suri Rumah Profesional

Tips Untuk Jadi Seorang Suri Rumah Profesional

tips untuk jadi seorang surirumah profesional

Assalamualaikum.

Siapa kata menjadi seorang suri rumah itu mudah? Ramai yang beranggapan seorang suri rumah kerjanya hanya duduk goyang kaki sambil layan sinetron. Benar ke macam tu? Alangkah indah kalau realitinya begitu.

Kalau anda rasa jadi suri rumah itu mudah, cuba tinggal dengan anak-anak dari pagi sampai ke malam tanpa keluar. Sebab selalunya suri rumah memang jarang keluar kecuali untuk menghantar anak ke sekolah dan untuk ke kedai.

Dan dalam masa yang sama anda juga perlu memasak (beli lauk bungkus tak aci ye, hehe), menguruskan baju, menjaga dan mendidik anak-anak, serta pastikan rumah sentiasa kemas. Sebab ramai yang beranggapan kalau isteri tak bekerja, rumah kena sentiasa tiptop.

Bila anda cuba sendiri berada dalam situasi ini untuk sehari, baru anda tahu betapa penatnya seorang suri rumah. Dan mereka tak ada tempat untuk lari, perlu menghadap situasi ini selama 365 hari dalam setahun dan diulang lagi untuk tahun-tahun berikutnya.

Namun walaupun penat, menjadi seorang suri rumah memang berbaloi. Sebab kita dapat menjaga makan pakai ahli keluarga kita sendiri. Dan kita juga boleh mendidik anak-anak mengikut haluan yang kita mahu. Penat lelah kita tolak ke tepi.

Bukanlah maksudnya ibu yang bekerja kurang bagus. Malahan bagi saya, mereka ini lagi kuat cabarannya. Sudahlah penat bekerja sepanjang hari, nanti bila balik ke rumah tetap perlu melakukan tugas-tugas biasa seorang isteri dan ibu. Namun kelebihan mereka adalah mempunyai peluang yang lebih untuk berinteraksi dengan orang lain.

Apa yang penting di sini adalah kita raikan perbezaan angara surirumah sepenuh masa dan wanita bekerjaya. Tak gitu? =)

 

 

Tips Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional

Untuk seorang suri rumah sepenuh masa, walaupun tugas kita hanya di rumah, tapi kita juga perlu bertindak secara profesional. Janganlah hanya sekadar seorang suri yang biasa-biasa, tapi pastikan kita menjadi seorang yang luar biasa!

Di bawah ini ada beberapa tip mudah untuk kita mula mengorak langkah menajdi seorang suri rumah profesional.

tips jadi suri rumah profesional

(1) Rancang Kegiatan Seharian

Walaupun kita hanya di rumah, tapi Mama pasti banyak sangat benda yang perlu kita selesaikan setiap hari. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah. Dan lagi bertambah pening kalau kita ada jalankan bisnes dari rumah. Cara mudah untuk elakkan serabut adalah dengan merancang kegiatan seharian.

Setiap hari sebelum tidur, cuba ambil masa 10 minit untuk rancang kerja-kerja yang perlu diselesaikan keesokannya. Catatkan ke dalam smartphone ataupun ke dalam buku nota. Nanti kita cuma perlu rujuk kembali kepada to-do list yang sudah dibuat ini.

Cara Mama rancang kegiatan seharian ini adalah dengan menggunakan kaedah Bullet Journaling. Alhamdulillah, Mama memang selesa dengan kaedah ini dan Mama cadangkan untuk anda mencubanya juga.

 

(2) Memasak Untuk Keluarga Dengan Cara Yang Praktikal

Bagi yang tak suka duduk di dapur, perkara ini memang terasa seperti satu beban. Bayangkanlah kita nak sediakan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam. Hari-hari buat benda yang sama pula. Lama-lama rasa bosan nak makan hasil masakan sendiri, kan?

Salah satu cara nak mudahkan kerja memasak ini adalah dengan menyediakan bahan masakan secara pukal. Contohnya untuk sarapan pagi dan minum petang, kita boleh buat stok frozen food pada hujung minggu. Jadi bila nak makan, kita cuma perlu goreng atau panaskan.

Untuk lauk-pauk pula, selalunya Mama akan masak lauk dalam kuantiti yang boleh dimakan sebanyak dua kali. Jadi untuk makan tengahari dan makan malam, kami akan makan menu yang sama. Dengan cara ini, Mama dapat kurangkan masa bersilat di dapur.

 

(3) Uruskan Pakaian Keluarga

Makin bertambah bilangan ahli keluarga, makin banyaklah baju yang kena diuruskan. Kalau tak diuruskan dengan betul, silap-silap nanti sampai tak ada baju bersih untuk dipakai. Ataupun nak cari baju asyik tak jumpa je sebab semuanya bertimbun dalam bakul baju.

Sebelum ini Mama ada kongsikan tips mudah urus baju supaya kita tak perlu jadi mesin melipat baju. Jujur Mama cakap, kerja-kerja menguruskan pakaian keluarga jadi lebih mudah dengan tips ini.

 

(4) Kawal Perbelanjaan Rumah

Walaupun kita tidak bekerja dan tak ada gaji, tapi perlu ambil tahu juga tentang kewangan keluarga. Perlu tahu berapa gaji bersih yang suami dapat, dan berapa banyak hutang-hutang yang perlu dibayar, berapa yang nak disimpan, dan berapa yang untuk diberikan.

Dari situ, kita dapat tetapkan berapa bajet untuk belanja dapur supaya tak kebulur di hujung bulan nanti! Tugas kita adalah untuk membeli barangan dapur mengikur bajet yang dah disediakan. Barulah suami bertambah sayang. Hihi. =p

 

(5) Tambah Ilmu

Jangan kedekut untuk keluarkan modal menghadiri kelas-kelas dan seminar yang bermanfaat. Penting untuk kita pergi ke tempat-tempat seperti ini. Selain untuk tambah ilmu, kita juga dapat tambah kenalan dan dapat keluar sebentar dari rutin sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

Antara seminar yang Mama pernah pergi adalah Seminar Bacalah Anakku. Hasil dari seminar ini, Mama tahu cara untuk mengajar anak membaca. Alhamdulillah, lebih mudah untuk dipraktikkan di rumah bila kita tahu cara yang betul.

 

Rasanya cukup dah la kan 5 tips ni? Jom kita sama-sama praktikkan. =)

 

5 Responses

  1. Nurul
    | Reply

    Bukan senang jadi suri rumah..hampir tiada masa untuk diri sendiri, tetapi dengan pengurusan masa yang betul, kita boleh ada masa untuk ‘me time’.
    Nurul recently posted..5 sebab kenapa saya ambil Vitamin CMy Profile

  2. ibrhaim
    | Reply

    tips yang bermanfaat sekali ni mbak, terima kasih banyak ya 😀
    ibrhaim recently posted..Beli Token Listrik PLN Jadi Lebih Mudah, Cepat dan PraktisMy Profile

  3. Dr Fattah
    | Reply

    yang mudah itu datang dari perkara yang sukar dahulu…
    Dr Fattah recently posted..Tips Pilih Bidang Latihan Separa PerubatanMy Profile

  4. permatamama
    | Reply

    tidak ada yang mudah dalam dunia , ramai yang menyangka suri rumah mempunyai masa yang banyak tetapi hakikatnya suri rumah la tidak mempunyai masa

  5. ummul azkee
    | Reply

    suri rumah profesional…satu penghormatan buat semua ibu2 yg bekerja dari rumah.

Leave a Reply

CommentLuv badge